Fenomena ICT amat ketara pada tahun 1980 an dengan perkembangan globalisasi, mencetuskan
pengenalan pelbagai gajet-gajet elektronik seperti gajet elektronik, mel elektronik, kemudahan telesidang, cakera video dan pelbagai teknologi multimedia yang lain. Pendidikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memainkan peranan yang penting agar Malaysia mampu menjadi negara maju dan melaksanakan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi). Usaha menyerapkan ICT ke dalam sektor pendidikan akan dapat menghasilkan golongan pelajar yang bijak komputer dan seterusnya menjadi penyumbang kepada pembangunan ekonomi di masa depan. Ia merupakan titik peralihan yang kritikal dalam pendidikan di negara ini apabila ICT disepadukan ke dalam kurikulum pendidikan,memandangkan keperluannya dalam persekitaran pekerjaan masa kini.
Bagi merealisasikan Wawasan 2020, kerajaan telah melancarkan pelbagai dasar, inisiatif, program dan projek bagi menggiatkan penggunaan dan pembangunan ICT yang secara tidak langsung dapat memanfaatkan golongan pelajar dan belia. Agenda IT Negara (National IT agenda-NITA) dilancarkan pada 1996 dengan tujuan membuka peluang seluas-luasnya kepada masyarakat mengakses infrastruktur dengan saksama terutamanya golongan pelajar. Pelancaran agenda dilancarkan dengan harapan masyarakat berteraskan agrarian dapat ditransformasikan kepada masyarakat bermaklumat dan kemudiannya menjadi masyarakat berilmu dan madani. Pada dasarnya NITA bertujuan untuk mengubah negara ke arah sebuah masyarakat bermaklumat yang berasaskan nilai selaras dengan Wawasan 2020 dengan penumpuan kepada pembangunan manusia secara menyeluruh,menggerakkan kerjasama dan persepakaran tiga sektor iaitu di antara sektor awam, swasta dan komuniti dengan pendekatan "topdown" dan "bottom-up" di dalam perancangan dan pelaksanaan.
Melalui pengenalan program ini, NITA telah mengenalpasti tiga komponen strategik utama iaitu pembangunan insan, pembangunan infrastruktur, pembangunan aplikasi dan kemahiran. Hasrat murni kerajaan dengan harapan memberi peluang kepada masyarakat melalui peluang mobiliti sosial melalui pendidikan berteraskan ICT untuk meningkatkan peluang untuk mendapatkan akses pendidikan kepada golongan pelajar. Beberapa program yang dicadangkan untuk meningkatkan taraf celik ICT dalam kalangan pelajar seperti menyediakan perkhidmatan internet di semua sekolah luar dan dalam bandar, membina universiti multimedia,menyediakan program asas pendidikan computer kepada golongan pelajar dan program pendidikan jarak jauh elektronik untuk golongan yang ingin mendapatkan akses pendidikan melalui ICT. Kewujudan sekolah-sekolah bestari membuktikan keberkesanan usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf celik ICT dalam kalangan pelajar di Malaysia.
Harfiahnya, cetusan idea yang bernas oleh negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan tinggalan yang berharga untuk generasi kini dan seharusnya diteruskan agenda ini untuk memastikan Malaysia sebagai negara maju dalam bidang penerokaan ICT dan masyarakat mampu berbangga apabila Malaysia mampu mencipta inovasi yang tertera pada barangan iaitu "Buatan Malaysia".
No comments:
Post a Comment